BLISS merupakan bahasa pengaturcaraan sistem yang dimajukan di Universiti Carnegie Mellon oleh W. A. Wulf, D. B. Russell, dan A. N. Habermann sekitar 1970. Ia kemungkinannya bahasa pengaturcaraan sistem paling terkenal sehingga C muncul beberapa tahun kemudiannya. Semenjak itu, C berkembang dan BLISS lesap begitu sahaja. (Semasa C baru bermula, beberapa projek dalaman Bell Labs sedang berdebat mengenai kekuatan BLISS vs. C.)