Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Buldog lama Inggeris[a] ialah satu baka anjing Amerika yang diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) pada Januari 2014. Baka ini disenaraikan dalam Kumpulan Anjing Pengawal UKC.[1] Lima tahun sebelum pengiktirafan UKC, baka ini didaftarkan oleh bekas Canine Developmental Health and Performance Registry (CDHPR), iaitu sebuah perniagaan milik persendirian yang terletak di Kalamazoo, Michigan. Pada awal tahun 2000-an, CDHPR telah bekerja dengan UKC di bawah perjanjian unik untuk membangunkan rancangan dan strategi pembiakbakaan dalam usaha menghasilkan baka anjing lebih baik yang akan diterima sebagai baka tulen dan, oleh itu, layak untuk pendaftaran UKC.[2]
Pada awal tahun 1970-an, pembiak baka anjing David Leavitt dari Coatesville, Pennsylvania, ingin "mewujudkan buldog semula dengan rupa, kesihatan, dan atletisisme buldog abad ke-18 yang pada asalnya diwujudkan untuk sukan Inggeris pengumpanan lembu pada antara tahun 1100 dengan tahun 1835".[3] Dalam usaha untuk secepatnya mencapai matlamat beliau untuk anjing baka tulen, Leavitt memodelkan program beliau sempena skim pembiakbakaan titisan ternakan yang dibangunkan oleh Nathan Fechimer, seorang profesor di Jabatan Sains Tenusu, Universiti Negeri Ohio.[1] Hasilnya ialah baka atletik yang kelihatan serupa dengan bulldog tahun 1820, tetapi dengan perangai ramah, kurang isu kesihatan, dan dengan kelanjutan usia yang menjangkau ke usia belasan tahun. Penyelidik Amerika Syarikat telah berkata bahawa olde English bulldogge ialah "calon berdaya maju" sebagai silangan ke luar untuk membina buldog semula berdasarkannya; baka yang dicadangkan oleh kajian genetik sebagai baka biak baka dalam sehingga "tidak dapat dikembalikan kepada kesihatan tanpa kemasukan susur galur baharu".[4]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan