Chengyu

Chéngyǔ (Cina Tradisional: 成語, Cina Ringkas: 成语, "ungkapan kumpulan") atau peribahasa Cina ialah sejenis ungkapan peribahasa tradisional, yang kebanyakannya terdiri daripada empat aksara Cina. Chengyu laris digunakan dalam bahasa Cina Klasik dan masih biasa dijumpai dalam penulisan bahasa Cina Vernakular dan pertuturan Bahasa Cina hari ini. Mengikut definisi yang paling ketat sekali, terdapat 5,000 chengyu dalam bahasa Cina, namun sesetengah kamus menyenaraikan lebih 20,000.

Kebanyakan chengyu terbit daripada hasil sastera kuno. Erti sesuatu patah chengyu biasanya menjangkaui gabungan erti-erti yang dibawa keempatempat aksara tersebut, kerana chengyu sering berkait rapat dengan mitos, kisah atau fakta sejarah yang menimbulkan ungkapan itu. Oleh itu, chengyu tidak menurut struktur dan sintaks tatabahasa biasa dalam pertuturan bahasa Cina, sebaliknya amat padat dan sintetik.

Chengyu secara sendirinya selalunya sukar difahami dalam bahasa Cina moden, dan apabila pelajar di China belajar chengyu di sekolah sebagai sebahagian kurikulum bahasa Klasik, mereka juga perlu mengkaji konteks yang melahirkan chengyu itu. Selalunya empat aksaranya mencerminkan moral di sebalik kisah dan bukan kisah itu sendiri.

Contohnya, "井底之蛙" (jǐng dǐ zhī wā) secara harfiahnya bermaksud "katak di bawah perigi". Ungkapan ini diterbit daripada pepatah oleh Zhaungzi yang berbunyi: "井鼃不可以語於海者,拘於虛也" (Seekor katak di dasar perigi tidak dapat terkata-kata apa itu lautan, selain percaya bahawa lautan itu sekadar khayalan.) Peribahasa ini serupa dengan peribahasa Melayu "katak di bawah tempurung".

Satu lagi contoh ialah ungkapan "破釜沉舟" [Mengenai audio inidengar ] (pò fǔ chén zhōu) secara harfiahnya bererti "pecahkan kuali, kelamkan perahu." Ungkapan ini berdasarkan satu peristiwa bersejarah yang mana Jeneral Xiang Yu mengarahkan tenteranya memusnahkan segala perkakas masakan dan perahua setelah menyeberangi sungai ke dalam wilayah musuh. Beliau memenangi perang itu kerana dasar "jangan undur" beliau. Peribahasa ini tidak boleh digunakan dalam situasi kekalahan kerana kisah di sebaliknya tidak menceritakan kegagalan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy