Ephemera

Ephemera merupakan apa-apa perkara sementara yang bertulis atau bercetak yang tidak bertujuan untuk dikekalkan atau dipelihara. Perkataan ini dari perkataan Yunani iaitu ephemeros, yang bermaksud "bertahan untuk sehari, atau pendek umur".[1] Sesetengah ephemera pula boleh dikumpulkan seperti kad perniagaan, beg udara, penanda buku, katalog, kad ucapan, surat, risalah, poskad, poster, prospektus, dan lain-lain lagi.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy