Gambus

qanbūs di Muzium Sejarah Seni Vienna.

Gambus (Jawi: ݢمبوس‎ serapan Arab: قَنبُوس, rumi: qanbūs) ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yaman dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yaman. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.

Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin, sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai majoriti masyarakat Muslim. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar

  1. ^ The gambus (lutes) of the Malay world: its origins and significance in zapin Music, Larry Hilarian, Nanyang Technological University, Singapore, 06 Jul 2004

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy