Lela

Lela abad ke-19 dari Pahang. Spesimen ini memiliki dua lumba-lumba dan sebuah cagak (garpu pusing).

Lela[1]:II atau lila adalah jenis meriam Melayu yang digunakan secara meluas di rantau Nusantara. Ia mirip lantaka namun dibezakan melalui bentuk yang lebih panjang dan lubang peluru yang lebih besar.[2]:122 Lela boleh dikonfigurasi sebagai meriam pusing, meriam tetap, atau dipasang di pedati meriam (gun carriage). Meriam ini dilihat setara dengan rupa senjata falcon dan falconet yang didapati di Eropah.[3]:50

  1. ^ "lela". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ Ismail, Norain B.T. (2012). Peperangan dalam Historiografi Johor: Kajian Terhadap Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
  3. ^ Charney, Michael (2004). Southeast Asian Warfare, 1300-1900. BRILL. ISBN 9789047406921.

From Wikipedia, the free encyclopedia ยท View on Wikipedia

Developed by Tubidy