Michael Dickinson | |
---|---|
Kelahiran | 1950 Durham, England |
Meninggal dunia | Tidak dicam sebagai tarikh. Tahun mesti ada 4 digit (guna sifat pelopor untuk tahun < 1000). Highgate, Inggeris |
Warganegara | Britain |
Terkenal kerana | Kolaj |
Karya terkenal | Tyrant's Pants, Best in Show, Good Boy |
Gerakan politik | Stuckism |
Michael Dickinson (1950 – 2 Julai 2020)[1][2] ialah seorang seniman Inggeris yang dikenali menerusi satira politiknya yang diketengahkan dalam bentuk kolaj. Beliau merupakan anggota dari gerakan seni antarabangsa yang disebut Stuckism.
Pada tahun 2008, Dickinson ditangkap di Istanbul kerana telah membuat sebuah kolaj yang dianggap menghina Perdana Menteri Turki ketika itu, Recep Tayyip Erdoğan. Kolaj yang berjudul Good Boy ini mengkritik penglibatan Turki dalam Perang Iraq dan menggambarkan Erdoğan sebagai anjing Amerika Syarikat. Pada akhirnya beliau dibebaskan oleh mahkamah.[3]