Nasi minyak

Nasi minyak
Nasi minyak dihidangkan di Palembang, Sumatera,Indonesia.
JenisHidangan nasi, main course Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalMalaysia dan Indonesia
Kawasan/rantauAsia Tenggara seperti Palembang, Aceh, Johor dan Kelantan
Suhu penghidanganSuam atau sederhana
Bahan utamaNasi dimasak bersama minyak sapi and rempah ratus
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nasi minyak (Jawi: ناسي ميڽق) ialah hidangan nusantara yang dikatakan berasal daripada Asia Tenggara yang dimasak dengan minyak sapi dan rempah. Hidangan nasi ini biasanya dikaitkan dengan kota Palembang, ibu kota Sumatera Selatan.[1] Sekilas pandang, nasi minyak nampak dan rasanya sedikit seperti nasi Kabuli, ini kerana kedua-dua hidangan nasi dipengaruhi oleh masakan India dan Timur Tengah, sebagai bukti penggunaan minyak sapi dan rempah-rempah tertentu. Campuran rempah bumbu yang digunakan termasuk buah pelaga, bunga lawang, cengkih, jintan, kayu manis, bawang merah, bawang putih dan serbuk kari.[2]

Di Palembang, nasi minyak adalah hidangan tradisional perayaan yang biasanya disajikan untuk acara dan perayaan khas. Masjid-masjid tertentu di Palembang menyajikan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat.[3]

Di selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi Minyak dianggap sebagai hidangan istiadat dan biasanya dimakan semasa majlis perkahwinan tradisional orang Melayu.[4] Semasa di negeri pantai timur Terengganu, Kelantan dan Pattani,Selatan Thailand, nasi Minyak adalah hidangan sarapan pagi yang biasa.

  1. ^ Buloe, Benu (2014-03-25). Jamak ala Benu Buloe (dalam bahasa Indonesia). Elex Media Komputindo. ISBN 9786020233154.
  2. ^ "Resep Nasi Minyak Khas Palembang oleh umiyuliana01". Cookpad (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2018-07-17.
  3. ^ "Lezatnya Nasi Minyak Senampan Tradisi Makan Bersama Warga Maskarebet - Sriwijaya Post". Sriwijaya Post (dalam bahasa Indonesia). 2018-02-24. Dicapai pada 2018-07-17.
  4. ^ "7 Jenis Nasi Popular Di Majlis Kenduri Kahwin" (dalam bahasa Malay). Malaysia: Vitdaily. 17 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy