RWBY

RWBY
Logo rasmi RWBY menunjukkan empat watak utama.
GenreAksi, Pengembaraan, Fantasi sains, Drama komedi, Luar biasa
PenciptaMonty Oum
Ditulis olehMiles Luna
Kerry Shawcross
Monty Oum
PengarahMonty Oum
Kerry Shawcross
Pelakon suara
Lindsay Jones
Kara Eberle
Arryn Zech
Barbara Dunkelman
Miles Luna
Shannon McCormick
Kathleen Zuelch
Monty Oum (2013-2015)
Neath Oum
Samantha Ireland
Jen Brown
Pencerita suara latar
Jen Taylor
Lagu pembukaan"This Will Be the Day" (jilid 1)
"Time to Say Goodbye" (jilid 2)
"When It Falls" (jilid 3)
"Let's Just Live" (jilid 4)
"The Triumph" (jilid 5)
"Rising" (jilid 6)
"Trust Love" (jilid 7)
"For Every Life" (jilid 8)
PenggubahJeff Williams
Steve Goldshein
Alex Abraham
Bilangan musim8
Bilangan episod79 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitMatt Hullum
Burnie Burns
Kathleen Zuelch
Syarikat penerbitan
Rooster Teeth Productions LLC.
Penyiaran
Siaran asal18 Julai 2013 (2013-07-18) – kini (kini)
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Rooster Teeth Productions LLC.

RWBY (disebut sebagai "Ruby") adalah sebuah siri animasi web CGI Amerika bergaya anime ciptaan oleh Monty Oum untuk Rooster Teeth Productions.[1][2][3]. Rancangan ini berdasarkan dunia fiksyen Remnant, di mana golongan muda berlatih untuk menjadi pahlawan (dipanggil "Huntsmen" dan "Huntresses") demi melindungi dunia mereka daripada makhluk-makhluk Grimm. Nama RWBY berasal daripada nama pertama watak-watak utama: Ruby, Weiss, Blake, dan Yang, dan juga warna-warna tema mereka, Red (Merah), White (Putih), Black (Hitam), dan Yellow (Kuning). Selepas beberapa treler promosi ditayangkan, episod pertama RWBY ditayangkan pada 5 Julai 2013 di RTX 2013 dan dikeluarkan di laman Rooster Teeth pada 18 Julai 2013.[4][5][6]. Episod-episod seterusnya telah dikeluarkan kira-kira setiap minggu, mula-mula kepada pelanggan Rooster Teeth, kemudiannya di YouTube seminggu kemudian. Siri ini mula menular dan menjadi popular, and musim kedua, berjudul Volume 2, telah dikeluarkan pada Julai 2014.

Ketika penghasilan Volume 3, pada 1 Februari 2015, Oum meninggal dunia selepas jatuh koma disebabkan oleh tindak balas alahan ketika menjalani satu prosedur perubatan. Ini menyebabkan kelewatan dalam penghasilan Volume 3, dan juga menyebabkan perubahan menyeluruh dalam penghasilan rancangan dan jadual keluaran. Meskipun dengan kematian penciptanya, kakitangan yang masih ada mengesahkan niat mereka untuk meneruskan siri ini, dan Volume 3 dikeluarkan pada November 2015 seperti yang dijadualkan. Sementara itu, dua jilid pertama dikeluarkan untuk media peribadi dan disediakan untuk perkhidmatan penstriman seperti Netflix dan Crunchyroll; Crunchyroll juga menayangkan musim yang terkini serentak dengan keluaran asal dalam tayangan perdana mereka. Pada Oktober 2016, musim keempat telah dikeluarkan. Siri ini juga telah dialihbahasakan kepada bahasa Jepun dan disiarkan oleh Tokyo MX, dengan usahasama Warner Bros. Japan.

Rooster Teeth mengeluarkan satu permainan berjudul RWBY: Grimm Eclipse dan juga satu siri sampingan yang berjudul RWBY Chibi pada 2016. Volume 5 mula-mula ditayangkan pada 14 Oktober 2017, dan berkesudahan pada 20 Januari 2018. Paparan pendek Volume 5 yang berkisar tentang watak-watak Weiss Schnee, Blake Belladonna, dan Yang Xiao Long juga dikeluarkan, beserta musim kedua RWBY Chibi. Musim ketiga RWBY Chibi telah dikeluarkan secara berselang-seli sejak akhir jilid 5. Jilid keenam,Volume 6, mula-mula ditayangkan pada 27 Oktober 2018, dengan paparan pendek tentang watak Adam Taurus dimuatnaik ke laman sesawang Rooster Teeth dan YouTube sebelum tayangan perdana jilid tersebut.

  1. ^ Rush, Amanda (2013-07-12). "FEATURE: Inside Rooster Teeth's "RWBY"". Crunchyroll. Dicapai pada 2013-07-18.
  2. ^ Silverman, Joshua (2103-07-18). "Review: RWBY Premiere Episode". Geek News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-25. Dicapai pada 2013-07-19. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Lazar, Shira (2013-08-07). "Roosterteeth Adds Anime RWBY To YouTube Slate (WATCH)". The Huffington Post. AOL. Dicapai pada 2013-08-12.
  4. ^ Shawcross, Kerry (23 January 2013). "RWBY RWBY RWBY". RTX. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-14. Dicapai pada 10 June 2013.
  5. ^ "RWBY". Rooster Teeth Productions. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-15. Dicapai pada 1 July 2013.
  6. ^ Lakich, Ryan (2 July 2013). "Geeks and gamers are ready to raid Rooster Teeth Expo 2013". CultureMap Austin. Dicapai pada 8 July 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy