Simanggang

Simanggang (Daerah)
Daerah Sarawak
Pekan Sri Aman (Simanggang)
Pekan Sri Aman (Simanggang)
Bendera Simanggang (Daerah)
Mohor rasmi Simanggang (Daerah)
Nama panggilan: Bandar Benak
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Simanggang
DaerahSimanggang
Pentadbiran
 • PentadbiranMajlis Daerah Sri Aman
 • WalikotaAnthony Abel ak Chendan
Keluasan
 • Jumlah3,845.7 km2 (1,484.8 batu persegi)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah64,500
 • Kepadatan17/km2 (43/batu persegi)
Poskod
95xxx
Kawalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman sesawangLaman web rasmi MDSA
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_label_position1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map_caption1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "pushpin_map1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"

Simanggang merupakan sebuah bandar pelabuhan dan daerah yang terletak di Sarawak, Malaysia. Kini dikenali sebagai Bandar Sri Aman, daerah ini merupakan pintu gerbang bagi pelawat untuk menuju ke Taman Negara Batang Ai dan melawat rumah panjang tadisional kaum Iban yang terdapat di sepanjang sungai tersebut. Selain Taman Negara, daerah ini juga terkandungnya Sungai Batang Lupar yang terkenal dengan kisah legenda Bujang Senang dan merupakan salah satu daripada kira-kira 400 sungai dan muara di dunia yang mengalami fenomena benak yang berlaku beberapa kali setahun[2]. Fenomena ini berlaku apabila benak sering kali muncul dari kuala dan memenuhi sungai dengan cepat dalam jangka masa kira-kira 10 minit, serta puncaknya boleh mencapai ketinggian 2-3 meter. Disebabkan ini, Pesta Benak sering diadakan setiap tahun.

Pada asalnya, Simanggang merupakan nama asal daerah ini, sebelum ditukar dengan nama Sri Aman yang diilhamkan sejak dari tahun 1974 sempena peristiwa Deklarasi Sri Aman, apabila anggota Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) yang dipimpin oleh Bong Kee Chok menyerah diri kepada pegawai kerajaan Sarawak dan dimeterai oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yakub pada 21 Oktober 1973. Namun demikian, penduduk daerah ini sudah lama mesra dengan nama Simanggang, sehingga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg menerima semula nama Simanggang pada 25 Oktober 2019.[3]

Simanggang juga terkenal dengan sejenis ikan yang begitu popular dalam kalangan penduduk tempatan, Ikan Bulu. Ikan ini ialah sejenis ikan sungai yang sering dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar). Terdapat juga ikan-ikan yang disalai seperti ikan jan salai & ikan lumek salai.

  1. ^ Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
  2. ^ http://espace.library.uq.edu.au/view/UQ:185349 | Proceedings of the International Workshop on Environmental Hydraulics IWEH09, Theoretical, Experimental and Computational Solutions, Valencia, Spain, 29-30 Oct., P.A. LOPEZ-JIMENEZ, V.S. FUERTES-MIQUEL, P.L. IGLESIAS-REY, G. LOPEZ-PATINO, F.J. MARTINEZ-SOLANO, and G. PALAU-SALVADOR Editors, Invited keynote lecture, 20 pages (CD-ROM).
  3. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/510796/sri-aman-jadi-simanggang-semula

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy