AH-64 Apache

AH-64 Apache
Helikopter AH-64 Apache dari Rejimen Penerbangan ke-101 Tentera Darat A.S, di Iraq
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Hughes Helicopters
McDonnell Douglas
Boeing Integrated Defense Systems
Penerbangan sulung 30 September 1975
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Udara Israel
Tentera Udara Diraja Belanda
Tentera Pertahanan Diri Darat Jepun
Dikeluarkan 1984-kini
Jumlah dibina 2,200+ buah
Kos seunit AH-64A: AS$20 juta (2007)
AH-64D: AS$65 juta (2010)[1]
AH-64E: AS$35.5 juta (2014)[2]
Kelainan Westland WAH-64 Apache

AH-64 Apache adalah merupakan sebuah helikopter penyerang tentera yang sesuai bagi semua keadaan cuaca. Ia dikendalikan oleh dua orang krew dan persenjataan utamanya merupakan sebuah meriam rantai M230 30 mm yang terletak di bawah muncungnya. Helikopter ini juga boleh membawa gabungan persenjataan lain seperti AGM-114 Hellfire dan pod roket Hydra 70 di empat tenggekan pada pilon pangkal sayap. AH-64 Apache merupakan helikopter penyerang utama bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan merupakan pengganti kepada helikopter penyerang AH-1 Cobra.

Ah-64 Apache telah direka oleh firma Hughes Helicopters bagi menyahut program Helikopter Penyerang Termaju (HPT) Tentera Darat A.S. Firma McDonnell Douglas kemudian membeli Hughes Helicopters dan meneruskan pembangunan helikopter ini. Pembangunan ke atas helikopter ini kemudian telah menghasilkan helikopter AH-64D Apache Longbow yang mana kini dikeluarkan oleh Boeing Integrated Defense Systems. Helikopter-helikopter AH-64 milik Tentera Darat A.S ini pernah beraksi dalam operasi-operasi di Panama, Perang Teluk, Afghanistan, dan Iraq.

  1. ^ "Modernizing the Army's Rotary-Wing Aviation Fleet". Congressional Budget Office. November 2007.
  2. ^ "United States Department Of Defense Fiscal Year 2015 Budget Request Program Acquisition Cost By Weapon System" (PDF). Office Of The Under Secretary Of Defense (Comptroller)/ Chief Financial Officer. March 2014. m/s. 18.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy