Abjad Thai

Aksara Thai
Jenis
BahasaThai, Thai Selatan
PenciptaRaja Ram Khamhaeng
Tempoh masa
1283–kini
Aksara induk
Aksara turunan
Lao
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Thai, 352
Alias Unikod
Thai
U+0E00–U+0E7F

Abjad Thai atau Aksara Thai (Bahasa Thai: อักษรไทย, àksŏn thai) digunakan untuk menulis bahasa Thai dan kebanyakan bahasa-bahasa kaum minoriti di Thailand. Abjad ini terdiri daripada 44 huruf konsonan (พยัญชนะ phayanchaná) dan 15 tanda vokal (สระ, sàrà) yang membentuk sekurang-kurangnya 28 bentuk vokal, dan empat tanda nada (วรรณยุกต์ wannayúk atau วรรณยุต wannayút).

Tulisan Thai berbentuk abugida, yang mana huruf konsonan diiringi bunyi vokal, iaitu sama ada 'a' atau 'o' melainkan disertakan tanda vokal. Huruf-huruf konsonan ditulis secara melintang dari kiri ke kanan, sementara tanda vokal diatur di atas, bawah, kiri, kanan atau mengapit huruf konsonan padanannya.

Tulisan Thai juga merangkumi angka Thai yang berasaskan sistem angka Hindu-Arab (ตัวเลขไทย, tua lek thai), tetapi angka Hindu-Arab bergaya Barat (ตัวเลขฮินดูอารบิก, tua lek hindu arabik) juga laris digunakan.

Replika catatan Ramkhamhaeng, catatan terlama yang bertulisan proto-Thai

Abjad Thai diterbitkan daripada tulisan Khmer lama, iaitu sejenis gaya penulisan Brahmi selatan yang bernama Vatteluttu atau tulisan Pallawa. Mengikut tradisi, abjad Thai dicipta pada tahun 1283 oleh Raja Ramkhamhaeng (Bahasa Thai: พ่อขุนรามคำแหงมหาราช).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy