Abu Talib

Abu Talib bin Abdul Muttalib (Arab: أبو طالب بن عبد المطلب‎‎ ​ Abū Ṭālib (i)bn 'Abd al-Muṭṭalib) (549-619) adalah ketua puak Bani Hasyim. Dia telah berkahwin dengan Fatimah binti Asad dan merupakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Nama sebenarnya adalah Imran (عمران) tetapi lebih dikenali sebagai Abu Talib kerana anak lelaki sulungnya bernama Talib.

Abu Talib membesarkan dan menyokong Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu Baginda masih muda remaja, selepas kematian datuknya Abdul Muttalib.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy