Adi Putra


Adi Putra

Kelahiran
Mohamed Hadi Putera bin Halim

(1981-02-26) 26 Februari 1981 (umur 43)
WarganegaraMalaysia
Nama lainHadi Putera, Ady Putra
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaWatak Jai dalam filem KL Gangster
Ketinggian1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
PasanganDatin Zuhaida Yusof (k. 2006; c. 2017)
(k. 2018)
Norshahida Dzolkifly (k. 2016; c. 2017)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Yusof Deraman (bapa mertua)
  • Noor Banoo Khan Mohd (ibu)

Dato' Mohamed Hadi Putera bin Halim (lahir 26 Februari 1981) atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan seorang pelakon dan penyanyi di Malaysia kelahiran Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal dengan peranannya dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Langgar (2013), Balistik (2014), Isyarat Cinta (2015), Hanyut (2016), Makrifat Cinta (2018), Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022). Beliau juga berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan melancarkan album studio solo perdananya, Kelahiran (2008).

Bagi peranan lakonannya di televisyen, beliau terkenal dengan watak Ridzuan dalam Akukah Tanggang? (2008), Reza dalam Na O Mei (2010), Indra Putra dalam Suria di Cordoba, Tengku Samson dalam Samson dan Delaila dan Zikir dalam Tentang Dhia (2011), Wahyu dalam Cinta Qaseh (2013), Fariz Adryan dalam Cinta Si Wedding Planner (2015) dan Alif dalam Sejadah Untuk Dia (2018). Selain peranan di televisyen dan filem, Adi juga terkenal dengan peranan di pentas teater termasuk Sri Mersing (2010) dan Di Bawah Lindungan Ka'bah (2014).

Sehingga 2017, Adi telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan sepanjang kerjayanya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Melodi TV3. Pada 23 Disember 2017, beliau dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[2]

Pada April 2018, beliau telah mengumumkan di laman Instagramnya bahawa beliau telah mendapat taraf warganegara Malaysia.[3]

  1. ^ Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra pula menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' Berita Harian 25 Oktober 2017
  2. ^ "Adi Putra dikurniakan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang". Berita MediaCorp. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 20 April 2018.
  3. ^ Rozaimi Zubaidi (29 April 2018). ""Sudah Tiba Masa Umumkan Status Warganegara Saya Ialah Malaysia" - Adi Putra". Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-20. Dicapai pada 21 Ogos 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy