Afrika Timur Itali

Afrika Timur Itali (Itali: Africa Orientale Italiana) adalah sebuah tanah jajahan Itali yang ditubuhkan pada tahun 1936. Ia telah dibentuk melalui penggabungan Somalia Itali dan Eritrea Itali dengan bekas Empayar Etiopia.

Pada Ogos 1940, semasa Perang Dunia Kedua, Somalia British telah di takluki dan diilhak ke Afrika Timur Itali, yang mana pada tahun 1941 ia pula ditakluk semasa Kempen Afrika Timur oleh tentera gabungan pimpinan British, termasuk unit-unit kolonial, dan Etiopia.[1] Somalia British, Somalia Itali dan Eritrea kemudian berada dalam pentadbiran British. Pada tahun 1949, Somalia Itali telah ditubuhkan semula sebagai Wilayah Amanah Somalia, yang ditadbir oleh Itali dari tahun 1950 sehingga kemerdekaannya pada tahun 1960. Pada tahun 1951 Eritrea telah diilhak oleh Etiopia.

  1. ^ Ofcansky and LaVerle Berry, Thomas P. "Ethiopia in World War II". A Country Study: Ethiopia. Library of Congress. Dicapai pada 11 January 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy