Akar

Suatu sistem akar suatu pokok yang tercabut dari tanah

Akar ialah satu organ yang paling penting dalam tumbuhan memaut dan menopangkan tumbuhan dalam sesebuah tempat sambil mendapatkan air atau galian memudahkan tumbesaran tumbuh-tumbuhan ini.[1][2] Jika diperhatikan dengan teliti, akar berbeza daripada satu jenis tumbuhan kepada jenis tumbuhan yang lain sama ada dari fungsi dan sistem akar berkenaan.

Bagi pokok vaskular, akar adalah organ tumbuhan yang pada kebiasaannya terletak di bawah permukaan tanah (berbanding dengan batang pokok). Bagaimanapun, ia bukannya satu kemestian kerana terdapat juga akar udara (aerial) (iaitu, tumbuh di atas permukaan tanah) atau aerating (iaitu, tumbuh atas permukaan tanah atau terutamanya di atas permukaan air). Pada masa yang sama, batang pokok yang biasa terdapat di bawah tanah juga merupakan perkara yang biasa (lihat rizom). Jadi, adalah lebih baik untuk mengistilahkan akar sebagai bahagian pokok yang tiada daun, dengan itu juga ketiadaan node. Dua fungsi utama akar adalah 1) penyerapan air dan galian bukan organik dan 2) mengikat pokok kepada tanah.

  1. ^ Harley Macdonald & Donovan Stevens (3 September 2019). Biotechnology and Plant Biology. EDTECH. m/s. 141–. ISBN 978-1-83947-180-3.
  2. ^ "Plant parts - Roots". The Great Plant Escape. University of Illinois Extension.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy