Albert Einstein

Albert Einstein (1947)

Albert Einstein (14 Mac 187918 April 1955) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dianggap sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi.[1] Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik.

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemasyhuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.

  1. ^ Whittaker, E. (1 November 1955). "Albert Einstein. 1879–1955". Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. 1: 37–67. doi:10.1098/rsbm.1955.0005. JSTOR 769242.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy