Angkat berat

Angkat berat merupakan sejenis sukan yang mana pemain cuba mengangkat sebatang barbel yang bermuatkan cakera-cakera beban dalam sekali cubaan.

Acara angkat berat terdiri daripada dua jurusan iaitu snatch diikuti oleh clean and jerk. Setiap pengangkat berat diberi tiga cubaan untuk setiap jurusan, dan keputusan keseluruhan dalam setiap kategori berat badan ditentukan oleh jumlah campuran dua angkatan berjaya yang tertinggi. Para pengangkat berat dibahagikan kepada pelbagai kategori berat badan, dengan susuan yang berbeza antara lelaki dan wanita. Pengangkat berat yang gagal menyempurnakan satu snatch atau clean and jerk pun dikira gagal untuk total, dan oleh itu dikira sebagai penyertaan "tidak lengkap" untuk pertandingan. Pernah terdapat jurusan clean and press dalam pertandingan, tetapi ianya diberhentikan atas sebab kesulitan dalam kejituan pengadilan.

Berbanding dengan sukan-sukan kekuatan lain yang menguji had kekuatan (dengan atau tanpa angkatan), angkat berat Olimpik menguji aspek-aspek had balistik manusia (kekuatan meletus), dan oleh itu dilaksanakan dengan lebih cepat, bahkan dengan lebih banyak mobiliti dan julat pergerakan yang lebih luas semasa pelaksanaan, berbanding angkatan-angkatan lain. Dengan pelaksanaan yang betul, kedua-dua jurus snatch dan clean and jerk adalah dinamik dan juga meletus sambil kelihatan cantik, terutamanya apabila ditonton dari rakaman yang digerak-perlahankan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy