Angkatan laut lepas

USS Abraham Lincoln memimpin formasi kapal-kapal dari lapan negara semasa eksesais RIMPAC pada tahun 2006.

Angkatan laut lepas (blue-water navy) adalah sebuah pasukan maritim yang mampu beroperasi di peringkat global; pada dasarnya merentasi perairan laut dalam yang terbuka.[1] Satu istilah yang lebih kerap digunakan di United Kingdom untuk menggambarkan pasukan sebegini adalah tentera laut yang mempunyai keupayaan ekspedisi maritim.[2] Walaupun definisi yang sebenarnya adalah berbeza-beza, terdapat keperluan untuk keupayaan bagi menjalankan pengawalan laut pada jarak yang luas.

Istilah "angkatan laut lepas" ialah istilah geografi maritim yang bertentangan dengan "angkatan laut persisiran" (brown-water navy) dan "angkatan laut sempadan" (green-water navy).

Defense Security Service Amerika Syarikat telah menamakan angkatan laut lepas sebagai "sebuah pasukan maritim yang mampu melakukan operasi yang berterusan di perairan laut dalam yang terbuka. Sebuah angkatan laut lepas membolehkan sesebuah negara meluncurkan kuasa jauh daripada negara asal dan biasanya melibatkan satu atau lebih kapal pengangkut pesawat. Angkatan laut lepas yang lebih kecil mampu menghantar lebih sedikit kapal ke luar negara untuk tempoh yang lebih singkat."[3]

  1. ^ "British Maritime Doctrine, BR 1806, Third Edition". 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-25. Dicapai pada 2017-08-16. The operating areas of maritime forces range from the deep waters of the open oceans (known colloquially as blue water).
  2. ^ Speller, Ian (2002). "UK Maritime Expeditionary Capabilities and the Lessons of the Falklands Conflict" (pdf).
  3. ^ "Special Focus Area: Marine Sensors". Targeting U.S. Technologies: A Trend Analysis of Reporting from Defense Industry. Defense Security Service (United States Department of Defense). 2010. Dicapai pada July 15, 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy