Apple

Apple Inc.
Dinamakan sempenaepal Sunting ini di Wikidata
Nama dahulu
  • Apple Computer Company[1]
    (1976–1977)
  • Apple Computer, Inc.[2]
    (1977–2007)
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS0378331005
Industri
Ditubuhkan1 April 1976 (1976-04-01)
Pengasas{{Unbulleted list | Steve Jobs | Steve Wozniak | Ronald Wayne | Lee Nivenia-Retired | Lee Levinnesh-Tired | Lee Levinniya - Current
Ibu pejabat1 Apple Park Way
Cupertino, California, U.S.
Bilangan lokasi516 kedai runcit (2021)
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Arthur D. Levinson(Pengerusi)
  • Tim Cook (CEO)
  • Jeff Williams (COO)
  • Luca Maestri (CFO)
Keluaran
Full list
Perkhidmatan
Hasil US$274.515 bilion[4] (2020)
Pendapatan kendalian US$66.288 bilion[4] (2020)
Pendapatan bersih US$57.411 bilion[4] (2020)
Modal2,470,000,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset US$323.888 bilion[4] (2020)
Jumlah ekuiti US$65.339 bilion[4] (2020)
PemilikThe Vanguard Group, Berkshire Hathaway, BlackRock, State Street Global Advisors Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan147,000[5] (2020)
Anak syarikat
  • Braeburn Capital
  • Beats Electronics
  • Claris
  • Apple Energy, LLC
  • Apple Sales International[6]
  • Apple Services[7]
  • Apple Worldwide Video[8]
  • Anobit
  • Beddit
Tapak webwww.apple.com
Facebook: apple Twitter: Apple Instagram: apple LinkedIn: apple Youtube: UCE_M8A5yxnLfW0KghEeajjw Youtube: Apple TikTok: apple Musicbrainz: 9b502a85-104b-4489-beff-ecedca81741c GitHub: apple Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Apple Inc., dahulunya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan Multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan Perisian yang berkaitan. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong pelbagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[9]

Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkaitan.

Diperbadankan pada 3 Januari 1977[10], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal dengan produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.[11] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang telefon pintar iPhone dan sistem video digital Apple TV-nya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[12]

Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[13] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini mengupah lebih 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[14]

Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar kesetiaan pelanggan tahap luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[15]

  1. ^ Certificate of Amendment of Articles of Incorporation, November 17, 1977. California Secretary of State.
  2. ^ Certificate of Ownership, January 9, 2007. California Secretary of State.
  3. ^ https://www.nasdaq.com/market-activity/stocks/aapl
  4. ^ a b c d e "Consolidated Financial Statements for Q4 FY20" (PDF). Apple Inc. October 29, 2020. Dicapai pada October 30, 2020.
  5. ^ "Apple 10-K Report FY2020" (PDF). September 26, 2020. Dicapai pada January 12, 2021.
  6. ^ Taylor, Harriet (August 30, 2016). "How Apple managed to pay such a low tax rate in Ireland". CNBC. Dicapai pada January 9, 2017.
  7. ^ "Apple Looks to Services to Move Beyond iPhone Price Ceiling". Bloomberg.com. Bloomberg L.P. January 13, 2020.
  8. ^ Koblin, John (March 25, 2018). "Apple Goes to Hollywood. Will Its Story Have a Happy Ending?". The New York Times.
  9. ^ "Laman web Morningstar: Penyata Kewangan Apple Computer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-23. Dicapai pada 2008-02-22.
  10. ^ "Laman web Apple.com: Soalan Lazim Hubungan Pelabur Apple". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-16. Dicapai pada 2008-02-22.
  11. ^ Laman web Apple.com: Pemfailan SEC[pautan mati kekal]
  12. ^ Markoff, John (2006-01-09). "New Mobile Phone Signals Apple's Ambition". The New York Times. Dicapai pada 2006-01-09.
  13. ^ Laman web Apple.com: Senarai Kedai Apple
  14. ^ Laman web Apple.com: Peluang pekerjaan
  15. ^ Kesetiaan pelanggan Apple

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy