B-1 Lancer

B-1 Lancer
Peranan Pesawat pengebom strategik
Pengeluar North American Rockwell
Rockwell International
Boeing
Penerbangan sulung 23 Disember 1974
Mula digunakan 1 Oktober 1986
Status 66 aktif,
24 tidak aktif[1]
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina B-1A: 4
B-1B: 100
Kos seunit AS$ 283.1 juta pada 1998 (B-1B)

B-1 Lancer merupakan sebuah pesawat pengebom strategik yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia bermula seawal tahun 1960-an sebagai sebuah pengebom supersonik dengan beban muatan dan jarak yang bersesuaian bagi mengantikan pesawat B-52 Stratofortress, akan tetapi diberi keutamaan bagi aras rendah, penembus berkelajuan subsonik dengan jarak jauh. Rekabentuknya telah dibatalkan dan diteruskan untuk beberapa kali sepanjang sejarah pembangunannya, apabila teori keseimbangan strategik berubah daripada tindakan fleksibel kepada mutually assured destruction dan kembali semula. Pesawat ini akhirnya memasuki perkhidmatan 20 tahun selepas dikaji.

Pesawat B-1B versi pengeluaran telah memasuki perkhidmatan dalam Tentera Udara A.S sejak 1986. Ia digunakan sebagai komponen pengebom berkelajuan supersonik dengan pasukan pengebom jarak jauh Tentera Udara A.S, bersama-sama pesawat subsonik B-52 dan B-2 Spirit. Sepertimana nama-nama popular pada pesawat lain, Lancer biasanya dikenali sebagai "Bone" (berasal dari "B-One") dalam Tentera Udara A.S. Dengan persaraan pesawat EF-111 Raven pada 1998 dan F-14 Tomcat pada 2006, B-1B adalah satu-satunya pesawat sayap boleh ubah terakhir yang masih digunakan dalam inventori angkatan tentera A.S.

  1. ^ Mehuron, Tamar A., Assoc. Editor. "The Air Force in Facts and Figures - 2008 USAF Almanac". Air Force Magazine, Journal of the Air Force Association, Vol. 91, Issue 5, May 2008. ISSN 0730-6784.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy