Ba'kelalan

Ba'kelalan
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BagianLimbang
DaerahLawas
MukimLawas
Zon-
Aras
1,000 m (3,000 ft)
Penduduk
 • Jumlah3,900+ (2,029)
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"

Ba'kelalan ialah sebuah daerah pendalaman tanah tinggi bergunung ganang terletak di bahagian timur laut negeri Sarawak, Malaysia. Ba'kelalan berada 1000 meter tinggi dari aras laut memberikan Daerah Kechil Ba'kelalan ini mempunyai suhu rendah di bawah 21 darjah celcius. 4 km dari Ba'kelalan terletaknya sempadan antara Kalimantan Barat, Indonesia dan bersebelahan dengan Taman Negara Kayan Mentarang di wilayah Kalimantan. Penduduk di sini terdiri daripada suku kaum Lun Bawang.[1] . Kesemua mereka ini adalah penganut Kristian , gereja Sidang Injil Borneo (SIB). Terdapat sembilan buah perkampungan di sini iaitu perkampungan Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat.[2]

Mengikut istilah tempatan, 'Ba' bermaksud sawah padi manakala 'Kelalan' pula bererti sebatang sungai.[3]

Terdapat beberapa lokasi menarik berdekatan Ba'kelalan seperti Bario, Taman Negara Pulong Tau, Gunung Murud dan Bukit Batu Lawi.

  1. ^ Ravichandran DJ Paul (5 Apr 2008). Sweet home, Ba'Kelalan. The Brunei Times. Retrieved 2012-07-11.
  2. ^ Ardhana, I. Ketut; Langub, Jayl; Chew, Daniel (01-Jan-2004). "Borders of kinship and ethnicity: cross-border relations between the Kelalan Valley, Sarawak, and the Bawan Valley, East Kalimantan". Borneo Research Bulletin. Retrieved 2012-07-11.
  3. ^ Abdul Rahman Hashim (Mei 2012). Lembah Padi Adan di Tanah Tinggi Meligan, Lawas. Dalam Agro Malaysia hlmn 38-43.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy