Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Badminton
di Sukan Olimpik XXXI
TempatRiocentro – Pavilion 4
Tarikh11 Ogos - 20 Ogos
Pesaing172 dari 46 negara
← 2012
2020 →
Badminton di
Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Peseorangan   lelaki   wanita  
Beregu   lelaki   wanita   campuran

Acara badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 yang mengambil tempat di Rio de Janeiro berlangsung pada 11 sehingga 20 Ogos di pavilion keempat Riocentro. Seramai 172 atlet mengambil bahagian dalam lima acara: perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran.[1]

Sama seperti format yang digunakan pada tahun 2012, peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati telah dikekalkan dalam acara sukan kali ini. Dalam kesemua acara beregu, Persekutuan Badminton Dunia telah menetapkan beberapa pertukaran dalam peraturan pertandingan selepas skandal atur perlawanan semasa Sukan Olimpik yang sebelumnya.[2]

Sebanyak 8,400 bulu tangkis akan digunakan dalam pertandingan kali ini.[3]

  1. ^ "Rio 2016: Badminton". Rio 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-17. Dicapai pada 17 April 2015.
  2. ^ Mackay, Duncan (30 November 2012). "Olympics doubles rules changed for Rio 2016 after match-fixing scandal". Inside the Games. Dicapai pada 24 Jun 2015.
  3. ^ "8,400 shuttlecocks, 250 golf carts, 54 boats... the mind-blowing numbers behind the Rio 2016 Games". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-07. Dicapai pada 2016-06-08.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy