Bahasa Cina Klasik (Bahasa Cina: 古文 ; pinyin: gǔwén; secara harfiah "bahasa bertulis purba") atau Bahasa Cina Sastera (Bahasa Cina: 文言文 ; pinyin: wényán wén; secara harfiah "bahasa harfiah") ialah gaya tulisan Cina tradisional yang berasaskan tatabahasa dan perbendaharaan kata bahasa Cina kuno, menjadikannya berlainan daripada mana-mana bentuk bahasa Cina lisan moden. Bagaimanapun, apa-apa perbezaan antara Bahasa Cina Klasik Sastera dan Vernakular Sastera masih kabur. Bahasa Cina Klasik pernah digunakan untuk hampir segala surat-menyurat rasmi sebelum dan pada awal abad ke-20, bukan sahaja di China bahkan juga (pada zaman-zaman berbeza) di Korea, Jepun dan Vietnam. Di kalangan penutur bahasa Cina, Bahasa Cina Klasik sudah diganti oleh Bahasa Cina Vernakular (白話 , báihuà), iaitu gaya penulisan yang seiringan dengan pertuturan bahasa Mandarin kini, sementara penutur bukan bahasa Cina turut menginggalkan bahasa Cina Klasik untuk menggunakan tulisan vernakular tempatan masing-masing.
Bahasa Cina Sastera dikenali sebagai Hanmun (漢文 , "tulisan Han") dalam bahasa Korea; Kanbun (漢文 , "tulisan Han") dalam bahasa Jepun; dan Chữ nho (字儒 , "surat ilmiah") dalam bahasa Vietnam.