Bahasa Perancis

Bahasa Perancis
Français
Asli kepadaPerancis termasuk jabatan-jabatan, komuniti dan wilayah luar negaranya; Kanada terutamanya di Quebec, New Brunswick dan bahagian Ontario; Belgium; Switzerland; Lubnan; Luxembourg; Monaco; Maghribi; Algeria; Tunisia; banyak negara Afrika Barat dan Tengah seperti Côte d'Ivoire, Republik Demokratik Congo, Niger dan Senegal; Haiti; Mauritius; sesetengah negara Asia seperti Laos, Kemboja, dan Vietnam; Mexico; dan negeri-negeri Louisiana dan Maine di Amerika Syarikat.
KawasanAfrika, Eropah, Amerika, Pasifik
Penutur bahasa
270 juta, dimana 120 juta adalah penutur jati atau fasih[1]
Status rasmi
Bahasa rasmi di
30 negara
Dikawal selia olehAcadémie française (Perancis) Office québécois de la langue française (Quebec)
Kod bahasa
ISO 639-1fr
ISO 639-2fre (B)
fra (T)
ISO 639-3
fra

Peta dunia Frankofon
Biru gelap: Penutur jati bahasa Perancis; biru: bahasa rasmi; Biru terang: bahasa kebudayaan; hijau: minoriti

Bahasa Perancis (le français, la langue française) merupakan antara Bahasa Romawi yang berasal dari Perancis, Belgium, Luxembourg dan Switzerland dan kini dituturkan oleh lebih 300 juta orang di seluruh dunia sebagai bahasa ibunda atau bahasa kedua. Bahasa Perancis berasal daripada Bahasa Latin Empayar Rom. Ia juga dipengaruhi oleh bahasa Celt yang ditutur kawasan Gaul serta Bahasa Jermanik orang Frank.

Kini, bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi 29 buah negara, serta bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan banyak lagi pertubuhan antarabangsa yang lain. Pertubuhan la Francophonie merupakan pertubuhan negara penduduk penutur Bahasa Perancis.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy