Bahasa Romania | |
---|---|
Română | |
Sebutan | [ro'mɨ.nə] |
Asli kepada | Romania, Republik Moldova, Bulgaria, Kanada, Amerika Syarikat, Rusia, Sepanyol, Ukraine, Israel, Serbia, Hungary; komuniti di sekitar Semenanjung Balkan. |
Kawasan | Eropah Tenggara, sesetengah komuniti di Timur Tengah |
Penutur bahasa | Bahasa utama: 24 juta Bahasa sekunder: 4 juta [1] |
Indo-European
| |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Dikawal selia oleh | Academia Română |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | ro |
ISO 639-2 | rum (B) ron (T) |
ISO 639-3 | ron |
![]() |
Bahasa Romania (limba română, IPA: [[WP:IPA|['lim.ba ro'mɨ.nə]]]) merupakan satu bahasa Romawi yang dituturkan oleh kira-kira 24 juta hingga 28 juta orang[1], terutamanya di Romania dan Moldova. Bahasa ini mempunyai kedudukan rasmi di Romania, Moldova, dan Provinsi Autonomi Vojvodina di Serbia. Bentuk rasmi Bahasa Moldova [2] di Republik Moldova adalah saling tak tumpah dengan Bahasa Romania, walaupun pada tahun 2000, terdapat sedikit perbezaan dalam ejaan, yang akhirnya dimansuhkan.[3] Bahasa Romania juga merupakan satu bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran di beberapa komuniti dan pertubuhan seperti Kesatuan Latin dan Kesatuan Eropah.
Penutur Bahasa Romania juga terdapat di banyak negara yang lain, terutamanya Itali, Sepanyol, Israel, Portugal, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, dan Jerman.