Bahasa Semai

Bahasa Semai
Engrok Semai
Asli kepadaMalaysia
Penutur bahasa
33,000
Austroasia
Kod bahasa
ISO 639-3sea
ELPSemai

Bahasa Semai (Engrok Semai) merupakan bahasa Asli yang dituturkan di Semenanjung Malaysia oleh kira-kira 33,000 orang. Bahasa ini tergolong dalam rumpun bahasa Austro-Asia di bawah cabang bahasa Mon-Khmer. Penutur bahasa Semai bertumpu di negeri Perak dan Pahang.

Bahasa Semai diajar di 17 buah sekolah rendah di Perak dan Pahang, dan sebuah sekolah menengah di Perak, iaitu SMK Sri Tapah.[1]

  1. ^ Ibrahim, Norsuhaila (2023-02-14). "Memperkasakan Bahasa Etnik untuk Pelestarian Warisan Budaya Masyarakat". Dewan Bahasa. Dicapai pada 2023-07-26.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy