Bahasa Sumeria

Bahasa Sumeria
𒅴𒂠
Emeg̃ir
Asli kepadaSumer dan Akkad
KawasanMesopotamia (Iraq moden)
EraDibuktikan wujud sejak s. 2900 SM. Tidak dituturkan lagi sekitar 1700 SM; digunakan sebagai bahasa klasik sehingga sekitar 100 TM.
Dialek/loghat
Pepaku Sumer-Akkad
Kod bahasa
ISO 639-2sux
ISO 639-3sux
Glottologsume1241
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Sumeria atau Sumer (Sumeria: 𒅴𒂠, rumi: Emeg̃ir, lit.''bahasa ibunda''; Jawi: بهاس سوميريا/سومر) ialah bahasa Sumeria purba. Ia antara bahasa tertua yang disahkan usianya, digunakan seawal 2900 SM. Ia dipercayai adalah bahasa pencilan, satu-satunya bahasa yang dituturkan di kawasan Mesopotamia purba, di Iraq zaman moden.

Bahasa Akkadia, sebuah bahasa Semitik, secara beransur-ansur menggantikan bahasa Sumeria sebagai bahasa pertuturan di Mesopotamia s. 2000 SM (tarikh tepatnya diperdebat)[3] tetapi bahasa Sumeria terus digunakan sebagai bahasa suci, istiadat, sastera dan sains di negeri-negeri Mesopotamia yang berbahasa Akkadia seperti Assyria dan Babylonia sehingga abad ke-1 Masihi.[4][5] Selepas itu, ia telah dilupakan sehinggalah abad ke-19, apabila ahli Assyriologi mula mentafsirkan batu dan papan bersurat yang digali serta ditulis dalam tulisan pepaku oleh penuturnya dahulu.

  1. ^ a b c d e Prince, J. Dyneley (1919). "Phonetic Relations in Sumerian". Journal of the American Oriental Society. 39: 265–279. doi:10.2307/592740. JSTOR 592740. Dicapai pada 2023-05-09.
  2. ^ Prince, J. Dyneley (1904). "The Vocabulary of Sumerian" (PDF). Journal of the American Oriental Society. 25: 49–67. doi:10.2307/592549. JSTOR 592549.
  3. ^ Woods, C. (2006). Bilingualism, Scribal Learning, and the Death of Sumerian. Dalam S. L. Sanders (peny.) Margins of Writing, Origins of Culture. m/s 91–120.
  4. ^ Joan Oates (1979). Babylon [Edisi Semakan]. Thames and Hudston, Ltd. 1986 m/s 30, 52–53.
  5. ^ Cotterell, A. (1980). The penguin encyclopedia of ancient civilizations. Penguin Group. m/s 92.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy