Barcelona

Barcelona
Barcelona dari udara
Bendera Barcelona Lambang Barcelona
Bendera Jata negara
Lokasi
Koordinat : 41°23′N 2°11′E / 41.383°N 2.183°E / 41.383; 2.183
Zon masa : CET (GMT +1)
• Musim panas: CEST (GMT +2)
Maklumat am
Nama tempatan Barcelona (Catalan)
Nama Sepanyol Barcelona
PanggilanCiutat Comtal (Kota Count)
Poskod08001–08080
Kod kawasan34 (Sepanyol) + 93 (Barcelona)
Laman sesawanghttp://www.bcn.cat/
Pentadbiran
Negara  Sepanyol
Komuniti berautonomi Catalonia
Wilayah Barcelona
ComarcaBarcelonès
Bahagian pentadbiran10
Kejiranan45
Datuk bandarJordi Hereu i Boher (PSC)
Geografi
Keluasan 100.4 km²
Altitud 12 m AMSL
Penduduk
Penduduk 1,605,602 (2006)
- kedudukan dalam Sepanyol:2
Ketumpatan 15,969 hab./km² (2006)

Barcelona (Bahasa Catalan IPA: [bəɾsəˈlonə], Bahasa Sepanyol IPA: [baɾθeˈlona]) atau Barsyalunah (Arab: بَرْشَلُونة, rumi: Barsyalūnah)[1] bandar raya terbesar kedua dan paling ramai penduduk di Catalonia barat Sepanyol, merupakan ibu kota negeri ini. Kependudukannya sebanyak 1,605,602 orang dan 3,161,081 orang di Kawasan Metropolitan pada tahun 2006. Ia terletak di pantai timur Laut Mediterranean (41°23′N, 2°11′E), di antara muara sungai-sungai Llobregat dan Besòs, dan dihadkan ke barat oleh rabung Serra de Collserola (512 m).

Barcelona ialah pusat ekonomi yang utama. Ia memiliki salah satu pelabuhan Mediterranean yang utama, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Barcelona merupakan lapangan kapal terbang yang kedua terbesar di Sepanyol. Diasaskan sebagai sebuah kota Rom, Barcelona kemudian menjadi ibu kota kepada para count Barcelona serta Kerajaan Aragon. Banyak kali dikepung dalam sejarahnya, Barcelona pada hari ini merupakan sebuah pusat kebudayaan yang penting serta destinasi pelancong yang utama kerana warisan kebudayaan yang kaya. Karya seni bina Antoni Gaudí dan Lluís Domènech i Montaner yang terkenal telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Sebagai ibu negeri Catalonia, Barcelona merupakan pusat kerajaan Catala yang dikenali sebagai Generalitat de Catalunya; badan kerajaan yang paling penting ialah cabang eksekutif, parlimen dan Mahkamah Agung Catalonia. Bandar raya ini juga merupakan ibu kota kepada kaunti (comarca) Barcelonès.

  1. ^ Lihat:
    • König, Daniel G. (2015). Arabic-Islamic Views of the Latin West: Tracing the Emergence of Medieval Europe. Oxford: Oxford University Press. m/s. 202–5. ISBN 978-0-19-873719-3.
    • Hussayn Mu'nis (1987). أطلس تاريخ الإسلام [Atlas dalam Sejarah Islam] Kaherah: Al-Zahraa. ISBN 977-1470-49-3. m/s. 165.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy