Bariton-bes

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Bariton-bes ialah suara yang berkongsi beberapa kualiti dengan suara bariton dan bes. Istilah ini muncul pada akhir abad ke-19 untuk menjelaskan suara yang diperlukan untuk menyanyi 3 peranan untuk opera Richard Wagner iaitu sebagai Dutchman untuk "Der Fliegender Hollander", Wotan untuk "Ring Cycle" dan Hans Sachs untuk "Die Meistersinger von Nürnberg". Wagner menulis peranan-peranan ini untuk suara yang beliau gelar sebagai Hoher Bass (bahasa Jerman untuk "bes tinggi").

Suara bariton-bes dikenalpasti menerusi 2 cara. Pertama, penyanyi tersebut mesti berupaya menyanyikan tessitura baritonal dengan selesa. Kedua, penyanyi tersebut walau bagaimanapun mesti mempunyai lingkungan resonan rendah seperti suara penyanyi bes. Sebagai contoh, peranan Wotan dari opera "Die Walküre" meliputi lingkungan suara dari F# di atas C tengah hingga F di bawah klef bes.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy