Bateri

Dari atas ke bawah: bateri 4.5-volt (3R12), sel D (D Cell). sel C (C Cell), sel AA (AA Cell) sel AAA (AAA Cell), sel AAAA (AAAA Cell), bateri A23, bateri PP3 9-volt dan sepasang sel butang (CR2032 and LR44).

Bateri (Jawi: باتري) ialah sumber kuasa elektrik yang terdiri dari satu atau lebih sel elektrokimia dengan sambungan luar[1] untuk menjanakan peranti elektrik seperti lampu suluh, telefon pintar dan kereta elektrik.[2]

Apabila bateri membekalkan tenaga elektrik, suatu terminalnya berkutub positif lalu bertindak sebagai katod manakala terminal negatifnya berkutub lawanan atau negatif sebagai anod.[3][4] "Anod" ini merupakan sumber elektron yang akan mengalir melalui suatu medium (elektrolit) an menghantarkan tenaga kepada alat luar yang disambungkan kepadanya.[4] Apabila bateri disambungkan kepada sesebuah litar luar, elektrolit dapat bergerak seperti ion di dalamnya lalu membolehkan tindak balas kimia disempurnakan pada terminal yang berasingan seterusnya menghantarkan tenaga kepada litar luar. Pergerakan ion di dalam bateri inilah yang membolehkan arus bergerak keluar daripada bateri lalu memberikan fungsinya, Istilah "bateri" pada asalnya lebih khusus merujuk kepada peranti terdiri dari beberapa sel, namun penggunaan istilah ini telah berkembang untuk merujuk juga kepada peranti terdiri dari sel tunggal.[5][6]

Bateri datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, dari sel-sel kecil yang digunakan untuk alat bantu dengar dan jam tangan serta sel nipis yang digunakan dalam telefon pintar hinggalah ke bateri asid plumbum yang digunakan dalam kereta dan lori, dan juga pada tahap melampaunya tabung-tabung bateri yang sebesar bilik yang berfungsi sebagai bekalan kuasa siap sedia mahupun kecemasan untuk pertukaran telefon dan komputer pusat data komputer.

Sel-sel bateri menjana tenaga khusus (tenaga per unit besar-besaran) lebih rendah daripada bahan api biasa seperti petrol. Pelengkapan ia dalam kenderaan automotif kereta agak diimbangi oleh motor elektrik yang berkecekapan lebih tinggi dalam menghasilkan daya mekanikal berbanding enjin pembakaran.

  1. ^ Crompton, T. R. (2000-03-20). Battery Reference Book (ed. third). Newnes. m/s. Glossary 3. ISBN 978-0-08-049995-6. Dicapai pada 2016-03-18.
  2. ^ Crompton, T. R. (2000-03-20). Battery Reference Book (ed. third). Newnes. m/s. Glossary 3. ISBN 0080499953. Dicapai pada 2016-03-18.
  3. ^ Pauling, Linus (1988). "15: Oxidation-Reduction Reactions; Electrolysis.". General Chemistry. New York: Dover Publications, Inc. m/s. 539. ISBN 978-0-486-65622-9.
  4. ^ a b Bates, Mary (1 Mei 2012). "How does a battery work?". Ask An Engineer. MIT School of Engineering.
  5. ^ Bellis, Mary. "History of the Electric Battery". About.com. Dicapai pada 11 Ogos 2008.
  6. ^ Pistoia, Gianfranco (2005-01-25). Batteries for Portable Devices. Elsevier. m/s. 1. ISBN 0080455565. Dicapai pada 2016-03-18.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy