Bawang

Bawang
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Allium (Bawang)
Spesies:
Allium sp.
Nama binomial
Allium sp.

Bawang (Jawi: باوڠ) ialah suatu sayur dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga Allium. Genus ini mengandungi ratusan spesies dan telah dituai sepanjang sejarah manusia, namun hanya belasan yang masih penting secara eknonomi hari ini sebagai tanaman sayur. Sebahagian yang lain pula dijadikan pokok hiasan.[1][2]

Saudara terdekatnya termasuk bawang putih, daun bawang, lik,[1] dan bawang cina.[3]

Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih[4] dikatakan datang daripada bahasa Greek αλεω, "elak", kerana baunya yang busuk.[1] Bawang merupakan umbisi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.

  1. ^ a b c Block, E. (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. Royal Society of Chemistry. ISBN 978-0-85404-190-9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Block2010" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Dilys Davies (1992). Alliums: The Ornamental Onions. Timber Press. ISBN 0-88192-241-2.
  3. ^ "AllergyNet — Allergy Advisor Find". Allallergy.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2010. Dicapai pada 14 April 2010.
  4. ^ Umberto Quattrocchi. 2000. CRC World Dictionary of Plant Names Jilid I, m/s. 91. CRC Press: Boca Raton; New York; Washington,DC;, USA. London, UK. ISBN 978-0-8493-2673-8 (set)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy