Becquerel

Becquerel (disebut [bé-kĕ-rél], simbol Bq) adalah unit terbitan SI bagi keradioaktifan yang ditakrifkan sebagai aktiviti sejumlah bahan radioaktif dalam mana satu nukleus mereput setiap saat. Oleh itu, nilai unit ini bersamaan dengan s-1.

Unit ini dinamakan sempena Henri Becquerel, pemenang bersama Hadiah Nobel Fizik tahun 1903 dengan pasangan suami isteri Curie atas pembabitan mereka dalam penemuan keradioaktifan.[1]

  1. ^ "BIPM - Becquerel". Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa. Dicapai pada 24 Oktober 2012.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy