Bersirih

Bersirih atau menginang adalah pemakanan sirih bersama bahan sampingan lain seperti pinang, gambir, tembakau, kapur dan cengkih setepak sebagai tujuan riadah dalam kalangan tidak sahaja masyarakat Nusantara (termasuk Melayu,[1][2] Aceh,[1] India dan sebagainya) Asia Tenggara tetapi juga meluas di Asia Selatan serata Bangladesh, Myanmar dan Thailand.[3][4] Barangan ini disediakan dalam kelengkapan tepak untuk tujuan ini. Adat ini memainkan peranan penting dalam pelbagai jenis tujuan adat istiadat Melayu terutamanya dalam perkahwinan dari saat merisik sehingga bersanding.[2]

Amalan ini diketahui dapat ditelusuri seawal lebih 3,000 bahkan juga 4000 tahun lampau berdasarkan kajian dilakukan terhadap barang peninggalan di Thailand, Indonesia dan Filipina.[5] Marco Polo dipercayai menyaksikan amalan pengunyahan daun ini oleh masyarakat setempat dalam catatan penjelajahannya; begitu juga dengan penulisan Tome Pires semasa berlabuh di Melaka antara 1512 dan 1515 dalam Suma Oriental.[3][4]

  1. ^ a b "Tradisi Bersirih". Warisan Budaya Takbenda Indonesia. Direktorat Warisan dan Diplomasi Budaya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2018. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  2. ^ a b "Bersirih dan Adat". Sirih Pinang. Perpustakaan Negara Malaysia. 1999. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  3. ^ a b Mahyudin Al Mudra (2001). "Tradisi Bersirih dan Nilai Budayanya". MelayuOnline. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2014. Dicapai pada 21 Mei 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Wan Faizah Wan Yusoff (12–13 Oktober 2014), "Nilai dan simbolisme sirih dalam budaya serta perubatan tradisional masyarakat Melayu dan India", 4th International Conference on Local Knowledge, Kuching, Sarawak, Malaysia: Universiti Sains MalaysiaCS1 maint: date and year (link)
  5. ^ "Archaeological evidence from Thailand, Indonesia and the Philippines". Epistola. Dicapai pada 10 Jun 2014.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy