Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم
Frasa "Bismillah" ditulis dengan seni Khat.
Sebuah bentuk kesenian Bismillah dalam bentuk buah jambu.

Bismillah atau Basmalah (Arab: بسملة) ialah sebuah perkataan Arab yang digunakan sebagai nama pengumpulan pada keseluruhan frasa Islam secara berulangan. Frasa ini merupakan ayat pertama pada "surah" (atau bab) dalam Al-Qur'an, dan digunakan dalam berbilang konteks oleh umat Islam. Ia disebut beberapa kali dalam solat dan sering dijadikan frasa mukadimah dalam segala urusan rasmi bagi beberapa negara Islam.

Dalam Al-Qur'an, ia sering dinomborkan sebagai ayat pertama surah pertama, tetapi menurut pandangan Al-Tabari, ia adalah pendahuluan sebelum ayat pertama. Ia juga terletak di semua permulaan surah kecuali surah kesembilan iaitu At-Taubah, tetapi tidak dinomborkan kecuali di surah pertama tadi. Frasa ini juga muncul dua kali dalam Surah An-Naml, iaitu di permulaan dan pada ayat ke-30.

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sebutan Arab: [bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi]
"Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani"

Perkataan "basmalah" sendiri terbit dari sebutan empat konsonan pertama bagi bismi-llāhi... yang akarnya adalah b-s-m-l (ب س م ل). Akar konsonan abstrak ini digunakan untuk menerbitkan kata nama basmalah, begitu juga bentuk kata kerja yang bermaksud "baca basmala". Perlakuan memberikan nama bagi perkataan yang lazim disebut atau zikir juga berlaku seperti frasa "Allahu Akbar", yang dirujuk sebagai "Takbir" (juga Ta'awwudh dll.); dan kaedah mengambil empat huruf konsonan juga seperti berlaku seperti kata nama "Hamdala" bagi Alhamdulillah.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy