Bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas 2008

Acara bola sepak di Olimpik Beijing 2008 akan diadakan di Beijing dan beberapa buah bandar lain dalam Republik Rakyat China dari 6 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Persatuan yang bergabung dengan dengan FIFA dijemput menghantar pasukan bawah-23 lelaki dan wanita mereka untuk menyertai pertandingan ini. Pasukan lelaki dibenarkan menambah tiga orang pemain yang berusia lebih 23 tahun.

Dalam pertandingan ini, hanya 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita yang layak bertanding. Pusingan awal akan bermula dua hari sebelum pembukaan rasmi (8 Ogos), dan perlawanan akhir akan dilangsungkan pada hari penutup.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy