Bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas 2012
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah United Kingdom
Tarikh25 Julai – 11 Ogos
Pasukan16 (lelaki) + 12 (wanita) (dari 6 konfederasi)
Tempat6 (di 6 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Mexico (lelaki)
 Amerika Syarikat (wanita)
Naib Juara Brazil (lelaki)
 Jepun (wanita)
Tempat Ketiga Korea Selatan (lelaki)
 Kanada (wanita)
Tempat Keempat Jepun (lelaki)
 Perancis (wanita)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan58
Jaringan gol146 (2.52 per perlawanan)
Kehadiran2,186,150 (37,692 per perlawanan)
2008
2016

Bola sepak di Sukan Olimpik London 2012 akan diadakan di London dan beberapa buah bandar raya lain di United Kingdom, dari 25 Julai hingga 11 Ogos 2012, dan merupakan satu-satunya sukan bermula sebelum hari pembukaan rasmi Sukan Olimpik, dua hari sebelum majlis pembukaan. Ia juga merupakan sukan yang akan diadakan di pelbagai tempat di luar London (bandar tuan rumah Sukan Olimpik), dengan Manchester, Glasgow, Newcastle, Coventry dan Cardiff merupakan bandar tuan rumah perlawanan. Pusingan akhir telah diadakan di Stadium Wembley. Persatuan-persatuan yang bergabung dengan FIFA telah dijemput untuk menghantar pasukan wanita senior mereka dan lelaki bawah 23 tahun negara untuk mengambil bahagian; Pasukan lelaki dibenarkan untuk menambah skuad mereka dengan tiga pemain berusia lebih 23. Lima ratus empat pemain bola sepak bertanding untuk dua set pingat emas.[1]

Untuk permainan ini, lelaki bertanding dalam kejohanan 16 pasukan dan wanita dalam kejohanan 12 pasukan. Cabutan untuk kejohanan itu berlangsung pada 24 April 2012.[2]

  1. ^ "Football". London2012.com. London 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 2 August 2008.
  2. ^ "GB Olympic football teams to play in Manchester, London and Cardiff". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 10 November 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy