Bukit Kepong | |
---|---|
Pengarah | Jins Shamsuddin |
Penulis |
|
Lakon layar | Jins Shamsuddin |
Cerita oleh | PPP Ismail Johari |
Berdasarkan | Peristiwa Bukit Kepong |
Dihasilkan oleh | Jins Shamsuddin |
Dibintangi |
|
Sinematografi | S. Mohan |
Disunting oleh | Johari Ibrahim |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.3 Juta |
Pecah panggung | RM 1.7 Juta |
Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi perang Malaysia 1981 yang diarahkan oleh Jins Shamsuddin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 29 April 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM1.3 juta.[2]
Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studios (syarikat pengedar dan pemasaran di bawah KRU International), yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos berjumlah RM100,000. Kerja teknikal sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia).[3]
Selepas hampir 43 tahun yang lalu, Filem ini telah ditayangkan semula di TV2 kepada umum melalui format HD pada 31 Ogos 2024 sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67.