Bulan purnama

Gambar bulan purnama dilihat melalui teleskop Schmidt-Cassegrain 9.25 inci. Bulan penuh ini berhampiran latitud ekliptik utara paling besar, dengan itu kawah selatan amat jelas dilihat.

Bulan purnama (serapan Sanskrit: पूर्णमा, rumi: pūrṇamā terbitan kata sifat पूर्ण pūrṇa "penuh, lengkap"[1]) atau bulan penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan berada di sebelah Bumi yang bertentangan dengan Matahari. Lebih tepat lagi, bulan penuh berlaku apabila longitud ketara geopusat (ekliptik) bagi Matahari dan Bulan berbeza sekitar 180 darjah; ketika itu Bulan berada bersetentangan dengan Matahari.[2] Gerhana bulan hanya boleh kelihatan semasa bulan purnama.

Seperti dilihat dari Bumi, hemisfera Bulan yang mengadap bumi (bahagian Bulan yang hampir) hampir diterangi sepenuhnya oleh Matahari dan kelihatan bulat. Hanya semasa bulan penuh bahagian hemisfera Bulan yang bersetentangan, yang tidak kelihatan dari Bumi (bahagian jauh Bulan), gelap sepenuhnya.

Julat masa antara fasa bulan yang serupa—bulan sinod—puratanya sekitar 29.53 hari. Dengan itu, dalam takwim qamari dalam mana setiap bulan bermula dengan anak bulan, bulan purnama jatuh pada sekitar hari ke-14 atau 15 bulan qamari. Oleh kerana bulan qamari memiliki hari penuh, bulan qamari boleh sepanjang 29 atau 30 hari.

  1. ^ "pūrṇa". Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 642.
    Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 83–4, 307.
  2. ^ Seidelmann, P. Kenneth (2005). "Phases of the Moon". Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac. University Science Books. m/s. 478. ISBN 0-935702-68-7. They are the times when the excess of the Moon's apparent geocentric ecliptic longitude λM di atas kemunculan longitude epliptik geocentrik Matahari adalah 0, 90, 180, or 270 ...

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy