Buldog Inggeris

Buldog Inggeris
Nama lainBuldog
Buldog British
Negara asalEngland[1]
Trait
Berat Jantan 50–55 lb (23–25 kg)
Betina 40–50 lb (18–23 kg)
Tinggi 1–2 ka (30–61 cm)
Warna Brindle; putih padu, merah perang kekuning-kuningan, atau kuning; piebald
Jangka hayat 7,4–9.8 tahun
CatatanHaiwan kebangsaan United Kingdom
Anjing (Canis lupus familiaris)

Buldog Inggeris[a] atau hanya buldog[b] ialah satu baka anjing British daripada jenis mastif. Ia mungkin juga dikenali sebagai buldog British.[c] Ia merupakan anjing berotot bersaiz sederhana dengan berat sekitar 40–55 lb (18–25 kg). Ia mempunyai kepala besar dengan lipatan kulit tebal di sekitar muka dan bahu dan muka agak rata dengan rahang bawah menjulur. Baka ini mempunyai isu kesihatan ketara akibat pembiakbakaan untuk penampilan distingtifnya, termasuk brakisefalia, displasia pinggul, kepekaan haba, dan jangkitan kulit. Oleh sebab kebimbangan tentang kualiti hidupnya, pembiakbakaan buldog Inggeris diharamkan di Norway dan di Belanda.

Buldog moden dibiakbakakan sebagai anjing teman daripada buldog lama Inggeris, baka yang kini pupus yang digunakan untuk pengumpanan lembu, apabila sukan ini diharamkan di England di bawah Akta Kekejaman terhadap Haiwan. The Bulldog Club (di England) ditubuhkan pada tahun 1878 dan Bulldog Club of America ditubuhkan pada tahun 1890. Walaupun kerap digunakan sebagai lambang kebengisan dan keberanian, buldog moden pada umumnya anjing ramah dan mesra. Buldog kini umumnya dibela sebagai anjing peliharaan; pada tahun 2013, ia menempati tangga kedua belas dalam senarai baka paling kerap didaftarkan di seluruh dunia.[2]

  1. ^ Wilcox, Charlotte (1999). The Bulldog [Buldog] (dalam bahasa Inggeris). Capstone Press. m/s. 5. ISBN 978-0-7368-0004-4.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama skk


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy