Bunga kertas

Bunga Kertas
بوڠا کرتس
Sekuntum bunga kertas.
Bougainvillea glabra, ditemukan di Jakarta, Indonesia
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Bougainvillea

Spesies

Lihat teks

Sinonim[1][2]

Tricycla Cav.

Bunga kertas (Jawi: بوڠا کرتس) atau bulang (Jawi: بولڠ) ialah pokok, semak dan pepanjat hiasan dari genus Bougainvillea[3] keluarga Nyctaginaceae.[4] Ia berasal dari timur Amerika Selatan, ditemukan dari Brazil membarat ke Peru dan menyelatan ke selatan Argentina. Genus ini mempunyai 22 spesies.[2] Tiga spesies utama genus ini yang dikenali ialah B. glabra, B. spectabilis dan B. peruviana.[5]

Pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan laman hiasan. Semasa pokoknya berbunga, kebiasaannya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga yang menarik.

  1. ^ a b "Genus: Bougainvillea Comm. ex Juss". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 7 Julai 2010. Dicapai pada 14 Disember 2010.
  2. ^ a b "Bougainvillea Comm. ex Juss". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 27 Julai 2022.
  3. ^ "Bougainvillea". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 32, 88–89. ISBN 9789676118929.
  5. ^ Autumn Belle (7 Julai 2012). "Putrajaya Floria 2012 - Bougainvillea Cultivars Part 1". My Nice Garden. Dicapai pada 18 Jun 2022.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy