Carl Spaatz

Jeneral
Carl Andrew Spaatz
Jen. Carl A. Spaatz
Nama lahirCarl Andrew Spatz
Nama samaranTooey
Kelahiran(1891-06-28)28 Jun 1891
Boyertown, Pennsylvania, AS
Meninggal dunia14 Julai 1974(1974-07-14) (umur 83)
Washington, D.C., AS
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan Infantri, Tentera Darat A.S.
Seksyen Penerbangan, Kor Semboyan
Perkhidmatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Udara Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1914 - 1948
Pangkat Jeneral
PertempuranEkspedisi Mexico
Perang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahDistinguished Service Cross
Army Distinguished Service Medal (3)
Legion of Merit
Distinguished Flying Cross
Bronze Star
Knight Grand Cross of the Order of the British Empire
Grand Officier of the Légion d'honneur
Croix de guerre (Belgium)

Carl Andrew "Tooey" Spaatz (28 Jun 1891 – 14 Julai 1974) ialah seorang Jeneral A.S. dalam Perang Dunia II dan merupakan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat yang pertama. Beliau memimpin angkatan tentera udara Amerika Syarikat di Eropah dan kemudiannya di Pasifik. Penyokong pengeboman strategik siang, Spaatz memimpin Tentera Udara Kelapan di England, iaitu pasukan utama Amerika Syarikat dalam kempen udara strategik menentang Jerman. Kemudian Beliau memimpin tentera udara Amerika Syarikat di Afrika Utara, dan pada tahun 1944 beliau menyandang jawatan Panglima Tentera Udara Strategik Amerika Syarikat di Eropah. Pada musim bunga 1945 beliau memegang jawatan yang sama di kancah Pasifik (Tentera Udara Strategik Amerika Syarikat di Pasifik), di mana beliau mengarah serangan udara terakhir ke atas Jepun.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy