Koordinat: 42°15′40″N 44°07′16″E / 42.26111°N 44.12111°E
Kaukasus atau Kaukasia (Latin: Caucasia )[1][2] ialah sebuah wilayah merangkumi timur benua Eropah dan barat benua Asia terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang termasuk pergunungan Kaukasus dan daerah-daerah rendah lainnya. Kaukasus adalah salah satu daerah yang mempunyai kepelbagaian linguistik dan budaya yang paling luas di dunia.
Puncak tertinggi di Kaukasus adalah Gunung Elbrus (5.642m) yang dianggap sebagai gunung tertinggi di Eropah terletak di bahagian barat banjaran ini.[3] Secara umumnya Kaukasus boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kaukasus Utara dan Kaukasus Selatan.