Cerut

Sebatang cerut bersaiz besar yang didatangkan bersama bekas untuk menyimpannya. Cerut mentah biasanya akan dikerat kedua-dua hujungnya sebelum dibakar dan dihisap.

Cerut atau cerutu (daripada Tamil: சுருட்டு, rumi: curuttu "gulungan" melalui Portugis: charuto[1] terbitan kata சுருள் curuḷ "menggulung"[2]) ialah gulungan daun tembakau yang ditapai, dikeringkan dan diikat untuk tujuan merokok; gulungan sebegini terdapat dalam pelbagai jenis bentuk dan saiz. Cerut yang dihasilkan sejak abad ke-20 terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu isi tembakaunya ("pengisi", filler), daun pengikat, dan daun pembalut yang biasanya tercetak dengan logo syarikat yang mengeluarkannya.

Tradisi menghisap cerut ini mula-mula wujud dalam kalangan masyarakat asli Carribean, dan amalan tersebut diperkenalkan kepada tamadun-tamadun Eropah setelah ditemui tiga anak kapal dalam pelayaran Christopher Columbus semasa beliau singgah di pulau Hispaniola pada tahun 1492.[3]

  1. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 102.
  2. ^ "சுருட்டு¹". University of Madras Tamil Lexicon. University of Madras. 2015. m/s. 1530, 1532 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
  3. ^ Cf. Van Lancker JL (1977). "Smoking and disease" (PDF). NIDA Res Monogr (17): 230–288. PMID 417256. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-01. Dicapai pada 2018-04-04.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy