Charles I | |
---|---|
Pemerintahan | 27 Mac 1625 – 30 Januari 1649 |
Pertabalan | 2 Februari 1626 |
Dimakamkan | Windsor, England, 7 Februari 1649 |
Pendahulu | James I |
Pengganti | Charles II (de jure) Majlis Negara (de facto) |
Pasangan | Henrietta Maria dari Perancis |
Anakanda | Charles II Mary James II & VII Puteri Elizabeth Puteri Anne Putera Henry Henrietta |
Ayahanda | James VI & I |
Bonda | Anne dari Denmark |
Charles I, (19 November 1600 – 30 Januari 1649), yang merupakan anak kedua kepada James I, adalah seorang Raja England, Scotland dan Ireland bermula pada 27 Mac 1625 sehingga hukuman mati dikenakan ke atas beliau pada 30 Januari 1649.[1] Charles terkenal kerana pergelutan kuasa dengan Parlimen England. Charles I membela Kedaulatan Raja-Raja,[2] yang mana percaya bahawa seseorang raja menerima kuasa mereka daripada tuhan. Kedaulatan raja-raja ini tidak boleh diambil (tidak seperti Mandat dari Syurga), meskipun seseorang raja itu dilucutkan kuasanya. Kebanyakan rakyat England gusar Charles I cuba untuk mendapatkan kuasa mutlak. Kebanyakkan tindakan-tindakan beliau, terutamanya dengan mengenakan levi cukai tanpa kelulusan Parlimen, menyebabkan bantahan yang meluas.[3]