Chicago

Chicago, Illinois
Pemandangan Chicago, Illinois
Pemandangan Chicago, Illinois
Bendera Chicago, Illinois
Bendera
Mohor rasmi bagi Chicago, Illinois
Mohor
Nama samaran: "Kota Berangin," "Bandaraya kedua," "Bandar Chi".
Moto: "Urbs In Horto" (Latin: "Bandaraya di dalam Taman"), "Saya Akan"
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Koordinat: 41°54′N 87°39′W / 41.900°N 87.650°W / 41.900; -87.650
Negara Amerika Syarikat
Negeri Illinois
Daerah Cook & DuPage
Perbadanan perbandaran 4 Mac 1837
Kerajaan
 - Datuk Bandar Richard M. Daley (D)
Ketinggian 586 kaki (179 m)
Kepadatan (2005)
 - Bandar 2,873,790
 - Kaw. perbandaran 8,711,000
 - Metro 9,505,748
Zon masa CST (UTC-6)
 - Musim panas (DST) CDT (UTC-5)
Laman web: egov.cityofchicago.org

Chicago (sebutan: Syi-ka-go, IPA: /ʃɪˈkɑ.ɡoʊ/) adalah bandar raya terbesar di negeri Illinois, terbesar dalam Midwest, dan, dengan jumlah penduduk melebihi tiga juta orang, ia adalah bandar raya ketiga paling padat di Amerika Syarikat. Kawasan metropolitan Chicago (lebih dikenali sebagai Chicagoland) mempunyai jumlah penduduk melebihi 9.5 juta orang dalam Illinois, Wisconsin dan Indiana, membuatkannya juga kawasan metropolitan yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat. Chicago terletak di sepanjang barat daya pesisir Tasik Michigan dan adalah sebuah pusat utama pengangkutan, industri, politik, budaya, kewangan, ubat-ubatan dan Institut Pengajian Tinggi. Antara nama gelaran Chicago termasuklah "Bandaraya Berangin," "Bandar Chi," "Bandar Yang Kedua," dan "Bandar Raya Bahu Besar" (daripada sajak Carl Sandburg bertajuk Chicago).

Chicago ialah pusat kewangan, perniagaan, dan kebudayaan Midwest. Bandar raya ini diasaskan pada tahun 1833 di tempat bertumpunya pengangkutan di antara Tasik-Tasik Besar Amerika dan titik haluan Sungai Mississippi, ia kemudian menjadi satu pusat pengangkutan di Amerika Utara. Semasa Pesta Dunia Chicago pada tahun 1893, ia adalah salah satu daripada sepuluh bandar-bandar dunia paling berpengaruh bandar-bandar dunia dan masih kekali sehingga ke hari ini.[1]

  1. ^ Dunia Berdasarkan GaWC (2006). Globalisasi dan Kumpulan Kajian Rangkaian dan Bandar-Bandar Dunia.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy