Dan Quayle

Dan Quayle
دين کوءيل
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-44
Dalam jawatan
20 Januari 1989 – 20 Januari 1993
PresidenGeorge H. W. Bush
Didahului olehGeorge H. W. Bush
Digantikan olehAl Gore
Senator A.S.
dari Indiana
Dalam jawatan
3 Januari 1981 – 3 Januari 1989
Didahului olehBirch Bayh
Digantikan olehDan Coats
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari daerah ke-4 Indiana
Dalam jawatan
3 Januari 1977 – 3 Januari 1981
Didahului olehJ. Edward Roush
Digantikan olehDan Coats
Butiran peribadi
Lahir (1947-02-04) 4 Februari 1947 (umur 77)
Indianapolis, Indiana, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganMarilyn Tucker Quayle
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1969–1975
Pangkat Sarjan
UnitPengawal Kebangsaan Tentera Indiana

James Danforth Quayle III (Jawi: جيم‌س دينفورث کوءيل III) merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dari tahun 1989 hingga 1993. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai senator Amerika Syarikat dari Indiana dari tahun 1981 hingga 1989 dan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah ke-4 dari tahun 1977 hingga 1981.

Sebagai naib presiden, Quayle telah melakukan lawatan rasmi ke 47 negara dan dilantik sebagai Ketua Majlis Angkasa Negara. Beliau memperoleh pencalonan semula untuk naib presiden pada tahun 1992, namun calon Demokrat Bill Clinton dan pasangannya, Al Gore, mengalahkan tiket Bush/Quayle.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy