Demografi Singapura | |
---|---|
Kedinamikan | |
Jumlah penduduk | 5.92 juta |
Kadar kematian | ▬ 2.2/1,000 penduduk (2023) |
Jangka hayat | ▲ 83.0 tahun (2022) |
– lelaki | ▲ 80.7 tahun (2022) |
– perempuan | ▲ 85.2 tahun (2022) |
Kadar kesuburan | ▼ 0.97 (2023) |
Bangsa | |
Etnik majoriti | Cina |
Etnik minoriti | Melayu, India, Serani |
Bahasa | |
Rasmi | Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil |
Dituturkan | Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Singlish dan lain-lain |
Catatan kaki | |
[1][2] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Menurut Jabatan Perangkaan Singapura, negara ini merekodkan jumlah penduduk seramai 5.92 juta orang setakat Jun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 5% berbanding Jun tahun sebelumnya.[1] Daripada jumlah tersebut, 3.61 juta daripadanya merupakan warganegara, 1.77 juta orang bukan warganegara dan 540 ribu lagi merupakan penduduk tetap.[2] Kumpulan bukan warganegara ini secara majoritinya merupakan para pekerja hijrahan tanpa hak politik yang dikecualikan daripada perangkaan demografi yang rasmi.