Dewan Rakyat United Kingdom

Rencana ini adalah tentang Dewan Rakyat di United Kingdom sejak 1801. Untuk badan lain dalam sejarah British dan di luar negeri, lihat Dewan rakyat.
Dewan Rakyat United Kingdom
ديوان رعيت يونايتيد كيڠدم
The Honourable the Commons of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in Parliament assembled
Bendera Dewan Rakyat
Logo Dewan Rakyat
Parlimen ke-59
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Speaker
Sir Lindsay Hoyle
Pengerusi Cara dan Jalan
Kosong
Keir Starmer, Buruh
sejak 5 Julai 2024
Pemimpin Dewan Rakyat
Lucy Powell, Buruh
sejak 5 Julai 2024
Ketua Whip Kerajaan
Alan Campbell, Buruh
sejak 5 Julai 2024
Pemimpin Pembangkang
Rishi Sunak, Konservatif
sejak 5 Julai 2024
Pemimpin Bayangan Dewan
Chris Philp, Konservatif
sejak 8 Julai 2024
Pemimpin Whip Pembangkang
Stuart Andrew, Konservatif
sejak 5 Julai 2024
Struktur
Ahli650
Kumpulan politik
Tempoh penggal
Sehingga 5 tahun
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pilihan raya terakhir
4 Julai 2024
Pilihan raya seterusnya
Tidak lewat dari 15 Ogos 2029
Penyempadanan semula
Setiap lapan tahun, diusulkan oleh suruhanjaya sempadan
Tempat persidangan
Kamar Dewan Rakyat, Istana Westminster,
Bandaraya Westminster, London, England
Laman sesawang
https://www.parliament.uk/business/commons/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
United Kingdom
Jata Kerajaan UK

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
United Kingdom



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Dewan Rakyat (bahasa Inggeris: House of Commons) adalah dewan bawah Parlimen United Kingdom, yang juga mengandungi Raja dan Dewan Pertuanan (dewan atas). Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan bersidang di Istana Westminster. Dewan Rakyat adalah badan yang dipilih secara demokrasi, terdiri dari 646 ahli, yang dikenali sebagai "Ahli Parlimen" atau AP (MP dalam bahasa Inggeris). Mereka dipilih, melalui sistem first-past-the-post, oleh daerah-daerah pilihan yang dikenali sebagai kawasan pilihan raya, dan memegang kerusi mereka sehingga Parlimen dibubarkan (maksimum lima tahun).

Dewan Rakyat British lahir semasa kurun ke-14 dan telah kekal wujud semenjak itu. Pada asalnya, kuasa Dewan Rakyat tidak begitu besar jika dibandingkan dengan Dewan Pertuanan, tetapi kini kuasa perundangannya lebih besar dari Dewan Pertuanan. Di bawah Akta Parlimen 1911, kuasa Tuan Bangsawan untuk menolak kebanyakan rang undang-undang dikurangkan kepada kuasa menangguhkannya sahaja. Tambahan pula, Kerajaan bertanggungjawab terutamanya pada Dewan Rakyat; Perdana Menteri cuma akan kekal dengan jawatannya selagi dia disokong oleh Dewan Rakyat. Hampir semua menteri kerajaan dilantik dari Dewan Rakyat, dan kecuali seorang,[1] semua Perdana Menteri sejak 1902.

Gaya rasmi dan lengkap dewan Rakyat ialah The Honourable the Commons of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in Parliament assembled (atau "Yang Berhormat Rakyat United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara di Parlimen berhimpun").

  1. ^ Pada 1963, Sir Alec Douglas-Home merupakan ahli Dewan Pertuanan ketika dilantik sebagai Perdana Menteri, bagaimanapun dia menjadi ahli Dewan Rakyat dua minggu kemudian.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy