Dinasti Buwaihi

Dinasti Buwaihi adalah dinasti yang beraliran syiah. Dinasti ini berkuasa di wilayah Parsi dan Iraq. Ia diasaskan oleh seseorang daripada suku Dailami. Sebab utama dari pengembangan suku Dailami ialah kerana kosongnya pentadbiran yang diakibatkan oleh mundurnya Ibnu Abi As-Saj, gabenor Azerbaijan dengan tenteranya ke Iraq pada tahun 926M untuk memerangi gerakan Qaramitah. Diantara yang mengambil ini adalah Mardawij Bin Zayyar, penguasa Jilan yang mengambil kesempatan mengukuhkan kekuasaannya di wilayah Rayy dan Isfahan pada tahun 927M. Diantara mereka yang direkrut adalah seorang anak nelayan dari pantai Kaspia iaitu Ali Bin Buya, yang kemudian mengundang dua orang adiknya iaitu Hasan dan Ahmad untuk bergabung. Ali segera diangkat sebagai penguasa Karaj, membuatkan beliau dapat merekrut pengikut Dan menjadi panglima tentera. Kekuasaannya menyebabkan berlakunya konflik dengan Mardawij. Pada tahun 932M, beliau bergerak ke arah selatan dengan 400 orang suku Dailami ke Fars. Ali Bin Buya berusaha melepaskan diri dari Mardawij dan beliau mendapat pembiayaan kewangan daripada Zaid Bin Ali An-Naubandajani (seorang tuan tanah dari suku Arrajan di Fars). Ali Bin Buya datang bersama sekitar 900 orang Dailami pada tahun 933M dan segera memperkukuhkan dirinya. Beliau mengirim Hasan Bin Buya untuk mengumpulkan pajak di sekitar Kazirun dan Fars. Pada suatu hari, pertempuran tercetus antara tentera Dailami dengan tentera Yakut, panglima pasukan Turki di Baghdad dan berakhir dengan kemenangan orang Dailami. Pada tahun 947M, pertempuran terbuka antara orang Turki dan Dailami terjadi dan Sebuktegin berhasil menguasai Baghdad sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Baghdad dapat dikuasai semula oleh Bakhtiar (Dinasti Buwaihi) dengan bantuan (Dinasti Hamdani) pada tahun 975M. Secara teorinya, dinasti ini lebih berkonsepkan persekutuan. Setelah kematian Hasan Bin Buya pada tahun 977M, bahagian barat dari kawasan Al-Jibal dipisahkan untuk membentuk unit baru yang berasas di Hamadan dan Isfahan sedangkan dari waktu ke waktu Kirman di timur menikmati kebebasannya dari Fars, suatu kebebasan yang menjadi kekal setelah meninggalnya Firuz pada tahun 1012M. Sementara lembaga kekhalifahan dihormati, individu khalifah tidaklah demikian. Bani Buwaihi memakzulkan Khalifah Al-Mustakfi setelah menguasai Baghdad dan mengangkat Al-Muti setelah Khalifah Al-Mustakfi memberi gelaran kehormat kepada Ali (Imad Ad-Daulah), Hasan (Rukn Ad-Daulah) dan Ahmad (Mu'izz Ad-Daulah). Di akhir hayat dinasti ini, kekacauan terus berlaku. Setelah meninggalnya Baha' Ad-Daulah, posisi Fakhr Al-Mulk di Baghdad mulai lemah. Pada tahun 1016M, pengganti Baha' Ad-Daulah, Sultan Ad-Daulah membunuh Fakhr Ad-Daulah. Sultan Ad-Daulah meninggal pada tahun 1021M dan digantikan oleh saudaranya, Musyarrif Ad-Daulah. Ketika Musyarrif Ad-Daulah meninggal, orang Turki mengakui Abu Kalijar di Fars. Walau bagaimanapun, ketika beliau menolak untuk datang ke Baghdad, mereka beralih ke pak ciknya, Jalal Ad-Daulah yang hadir ke kota itu pada tahun 1025M dan tetap menjadi amir sehingga beliau meninggal pada tahun 1044M. Pada masa ini, Baghdad dilanda pelbagai kesulitan ekonomi dan penentangan antara aliran, terutamanya Syiah dengan Sunnah. Setelah Jalal Ad-Daulah meninggal, tampuk pemerintahan jatuh ke tangan Abu Kalijar di Syiraz. Ketika beliau meninggal pada tahun 1048M, penguasa Dinasti Buwaihi telah hilang oleh serangan Dinasti Seljuk.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy